EN BM
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
PERIHAL
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Sejarah
Green Games
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Sukarelawan
Periksa Status Anda
Penaja
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Akreditasi Media
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Maklumat Berguna
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
MENU
  1. LAMAN UTAMA
  2. Perihal
  3. Sejarah
Sejarah

SEJARAH

Dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara), ia telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1959.

Pada temasya berkenaan, enam buah negara iaitu Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan dan Laos telah bertanding di dalam 12 acara sukan.

Berdasarkan sistem giliran yang baharu diperkenalkan, Brunei dipilih menjadi tuan rumah seterusnya iaitu untuk Sukan SEA 2017 dan diikuti oleh Malaysia pada tahun 2019. Bagaimanapun, Brunei telah memaklumkan bahawa ia belum bersedia untuk menjadi tuan rumah buat masa ini.

Sehubungan itu pada 14 Julai 2012, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah membuat tawaran kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 dan tawaran tersebut telah pun diterima dan dipersetujui.

Pada tahun 2019, sukan dwitahunan ini akan diadakan di Filipina dan kemudiannya di Vietnam pada tahun 2021. Pada tahun 2023, Kemboja pula akan menjadi tuan rumah buat pertama kalinya.

SEJARAH

Sukan Para ASEAN yang pertama pula telah diadakan pada tahun 2001 di Malaysia. Ia di ikuti dengan Vietnam (2003), Filipina (2005), Thailand (2007), Laos (2009), Jakarta (2011), Myanmar (2013) dan Singapura (2015).

Penganjuran kejohanan dwitahunan untuk atlet kelainan upaya ini bertujuan untuk mengeratkan persahabatan antara atlet-atlet di samping menyokong perkembangan sukan serantau. Ia juga bertindak sebagai satu platform untuk membantu atlet paralimpik diiktiraf dan diterima di dalam masyarakat ASEAN.

Atas faktor-faktor ini, Persekutuan Sukan Paralimpik ASEAN (APSF) telah memutuskan untuk mengadakan Sukan Para ASEAN sebaik sahaja tamatnya Sukan SEA, sebagaimana yang diamalkan untuk penganjuran Sukan Olimpik dan juga Sukan Asia.

Kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA atau Sukan SEAP adalah pada tahun 1965. Sehingga kini, Malaysia telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989 dan 2001.

Ketika Sukan SEA 2001, Malaysia telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan pungutan 111 pingat emas, diikuti oleh Thailand (103 pingat emas) dan Indonesia (72 pingat emas).

Selepas 16 tahun, Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan rumah kepada sukan berbilang acara terbesar di Asia Tenggara, sekaligus menyamai rekod Thailand yang pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA sebanyak enam kali."