EN BM
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
PERIHAL
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Sejarah
Green Games
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Sukarelawan
Periksa Status Anda
Penaja
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Maklumat Berguna
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
MENU
  1. LAMAN UTAMA
  2. Perihal
  3. KUALA LUMPUR 2017
KUALA LUMPUR 2017
Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos 2017 sementara Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017.
Temasya kali ini bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia dan juga Hari Malaysia. Ia merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah sukan dwi-tahunan itu .
PERUTUSAN

Y.B. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin

Y.B. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin,Menteri Belia dan Sukan dan Pengerusi Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (Malaysia Organising Committee - MASOC).

Selepas 16 tahun, Malaysia sekali lagi terpilih untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang dijenamakan sebagai Kuala Lumpur 2017. Malaysia bukan sahaja pernah menempa kejayaan dalam menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998, malah kita juga telah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA pada tahun 2001.

Sejak daripada itu, prestasi sukan di Malaysia mengalami pasang dan surutnya namun keseronokan dan keghairahannya tidak pernah luntur, terutamanya dengan sokongan padu daripada peminat-peminat yang menyanjungi wira-wira sukan tempatan.

Tahun 2017 juga menandakan tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-60, iaitu satu lagi tahun penting dalam sejarah negara kita. Saya yakin, Kuala Lumpur 2017 ini bakal menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Yang paling utama, kami berazam untuk menawarkan yang terbaik untuk semua atlet dan pegawai sukan, khususnya kepada peminat-peminat sukan seperti anda.

Jumpa anda di Kuala Lumpur 2017!

AHLI JAWATANKUASA

Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (Malaysia Organising Committee - MASOC) diterajui oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sebagai penasihat.

Y.B. Menteri Belia dan Sukan, Brig. Jen. Khairy Jamaluddin dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Y.A.M. Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar pula masing-masing dilantik sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (Malaysia Organising Committee - MASOC).

Sebagai Pengerusi, Y.B. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin akan menyelia seluruh aspek penganjuran temasya ini. Beliau turut dibantu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat iaitu Dato' Seri Zolkples Embong. Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (Malaysia Organising Committee - MASOC) disokong oleh jawatankuasa kecil yang ditubuhkan pada awal tahun 2015.