EN BM
PERIHAL
SUKAN SEA
SUKAN PARA
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Lagu
Sejarah
Green Games
Pungutan Pingat
Jadual
Atlet
Pungutan Pingat
Jadual Sukan
Atlet
Pas Masuk
Larian Baton Bangkit Bersama
Larian Obor
WAU Factor
Periksa Status Anda
Penaja
Pengumuman
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Panduan Perjalanan
Maklumat Berguna
MENU
  1. LAMAN UTAMA
  2. Upacara
  3. Larian Obor
MENGENAI LARIAN OBOR KUALA LUMPUR 2017
  • Dianjurkan sempena Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di setiap negeri di seluruh negara, bermula dari 14 Mei 2017 di Johor sehingga 12 Ogos 2017 di Kuala Lumpur.
  • Pembawa obor dari bermulanya larian ini sehingga tamat akan terdiri dari pelbagai individu yang melambangkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
  • Larian Obor akan bermula atau dibawa melalui tempat-tempat ikonik yang terpilih di seluruh negara, menjadikan larian ini unik kerana ia tidak pernah dilakukan dalam sejarah temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN.
  • Semua warganegara Malaysia dan Asia Tenggara yang menetap/belajar/bekerja di Malaysia dijemput untuk menyertai Larian Obor ini tanpa sebarang yuran pendaftaran.
  • Orang ramai yang berminat untuk menjadi pemegang obor di negeri masing-masing boleh membuat permohonan di laman web ini.
  • Acara kemuncak ialah apabila obor ini di bawa masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyalakan api KL2017 pada malam pembukaan KL2017 pada 19 Ogos 2017. Api ini akan menyala secara berterusan sehingga dipadamkan ketika upacara penutup, menandakan tamatnya temasya sukan ini.
  • Larian Obor adalah sebahagian daripada tradisi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN semenjak ia berlangsung dan selari dengan tradisi sukan-sukan pelbagai acara dan negara di seluruh dunia. Larian Obor di era moden adalah acara simbolik membawa mesej sukan sebagai sesuatu yang inklusif dan landasan perpaduan untuk masyarakat.

OBJEKTIF
  • Memberi ruang bagi penduduk di Malaysia, seramai yang boleh, untuk terlibat dalam temasya sukan ini, selari dengan tema Bangkit Bersama KL2017 yang mementingkan perpaduan dan semangat kekeluargaan rakyat dan komuniti Asia Tenggara.
  • Memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan secara simbolik kepada para atlet yang akan bertanding dan kepada penganjuran KL2017 yang disasarkan menjadi temasya terbaik pernah disaksikan dalam sejarah sukan ini.
  • Mempromosi KL2017 yang akan berlangsung bermula Ogos 2017 kepada penduduk tempatan secara terus.
  • Menyemarakkan kemeriahan KL2017 ke seluruh pelusuk negara beberapa bulan sebelum ia bermula.
  • Memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat secara lebih dekat akan obor larian yang telah direka khas untuk temasya sukan ini.

OBORGAMI
MEKANISMA LARIAN
  • Larian akan bermula di bandar utama atau kawasan ikonik setiap negeri.
  • Larian adalah secara santai dan bukan satu pertandingan.
  • Larian akan bermula dari satu check point ke check point yang lain. Purata jarak antara setiap check point adalah antara 1 – 2 km manakala purata jarak larian bagi setiap daerah adalah antara 2 km (terdekat) dan 15 km (terjauh).
  • Larian ini akan disertai oleh pemegang obor dan orang ramai yang turut sama berlari dengan kumpulan pemegang obor.
  • Kumpulan pemegang obor yang akan mengetuai larian ini akan mengambil giliran memegang obor dalam purata jarak 200 meter.
  • Larian akan bergerak dari satu daerah terpilih ke daerah yang lain, sehingga ke sempadan negeri yang seterusnya.
  • Setiap satu daerah akan mempunyai beberapa check point.
  • Obor tersebut akan diserahkan kepada wakil negeri seterusnya di sempadan negeri masing-masing.

SYARAT PENYERTAAN
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Asia Tenggara yang menetap/belajar/bekerja di Malaysia, berumur 12 tahun dan ke atas.
  • Sihat dan cergas (fizikal dan emosi).
  • Boleh berlari sekurang-kurangnya 2 kilometer tanpa henti.
  • Boleh memberi kerjasama penuh dan semangat berpasukan yang tinggi.
  • Menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup penyertaan pada 21 April 2017.
Soalan-soalan lazim



Tarikh

13 - 18 Mei 2017
Johor

18 - 21 Mei 2017
Melaka

22 - 25 Mei 2017
N.Sembilan

3 - 4 Jun 2017
WP Labuan

5 - 8 Jun 2017
Sabah

8 - 13 Jun 2017
Sarawak

15 - 17 Jun 2017
Perlis

17 - 20 Jun 2017
Kedah

3 - 6 Julai 2017
P.Pinang

7 - 12 Julai 2017
Perak

13 - 17 Julai 2017
Kelantan

17 - 23 Julai 2017
Terengganu

24 - 30 Julai 2017
Pahang

31 Julai - 5 Ogos 2017
Selangor

6 - 12 Ogos 2017
WP KL & Putrajaya