EN BM
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
PERIHAL
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Sejarah
Green Games
Larian Baton Bangkit Bersama
WAU Factor
Sukarelawan
Periksa Status Anda
Penaja
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Maklumat Berguna
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
MENU
  1. LAMAN UTAMA
  2. Sertai Kami
  3. Penaja
  4. KUMPULAN SYARIKAT NAZA (NAZA GROUP OF COMPANIES)
KUMPULAN SYARIKAT NAZA (NAZA GROUP OF COMPANIES)

NAZA PENAJA LOGO

Kumpulan Syarikat Naza mula beroperasi pada tahun 1974 sebagai sebuah syarikat perdagangan motor yang dimulakan oleh Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Beliau kemudiannya telah mengembangkan lagi syarikat-syarikat dalam kumpulan ini dengan penambahan perniagaan francais automotif, pembangunan hartanah, pengurusan hotel serta makanan dan minuman.

Kumpulan Naza berjaya memperolehi francais automotifnya yang pertama pada lewat tahun 90an daripada pengeluar kereta Korea Selatan, Kia Motors Corporation, menerusi unitnya, Naza Kia Malaysia Sdn Bhd. Naza Kia kemudian telah berjaya menjadi pemasang auto sepenuhnya apabila Kia Spectra dipasang sepenuhnya di Malaysia pada tahun 2001. Pada tahun 2008, unit Kumpulan Naza, Nasim Sdn Bhd, menjadi pengedar eksklusif kepada Peugeot, jenama tersohor negara Peranchis. Berikutan kejayaan kumpulan Naza dalam memasarkan jenama Peugeot di Malaysia, pengeluar kereta Perancis ini telah mengumumkan Malaysia sebagai hubnya untuk rantau Asia Tenggara pada tahun 2010.


PEUGEOT PENAJA LOGO

Seterusnya pada tahun 2013, PSA Peugeot Citroën telah melantik Naza Group sebagai pengedar rasmi jenama Citroën di Malaysia. Selain dari Kia dan Peugeot, Kumpulan Naza juga adalah pengedar rasmi kepada Ferrari, Koenigsegg, Maserati, Brabus, Chevrolet, Harley-Davidson, Piaggio, Vespa, Aprilia, Gilera, Indian Motosikal dan Ducati di Malaysia.

Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah adalah kilang pemasangan untuk Kumpulan Naza, menghasilkan kenderaan Kia, Peugeot dan Citroen untuk pasaran Malaysia dan juga dieksport ke Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei dan Australia. Dalam pembangunan hartanah pula, Naza TTDI merupakan pemaju bagi beberapa projek berimpak tinggi harta iaitu KL Metropolis dan Platinum Park di Kuala Lumpur dan TTDI Gateway di Shah Alam, serta bandar terkenal seperti Taman Tun Dr Ismail, TTDI Grove Kajang dan TTDI Alam Impian.

Selain dari perniagaan pembangunan automotif dan hartanah, Kumpulan Naza juga terlibat dalam industri makanan dan minuman sebagai pemegang francais kepada rantaian Bubba Gumpa Shrimp Co, GyuKaku Japanese BBQ Restaurant dan Gelato Morelli di Malaysia dan pemegang lesen induk untuk TuttiFrutti Frozen Yoghurt di Malaysia, Singapura, Kemboja dan India. Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Syarikat Naza, sila layari www.naza.com.my.


PENAJA PLATINUM LAIN