EN BM
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
PERIHAL
UPACARA
SERTAI KAMI
MEDIA
PANDUAN BANDAR
KL2017
Jenama & Maskot
Sejarah
Green Games
Larian Baton Bangkit Bersama
WAU Factor
Sukarelawan
Periksa Status Anda
Penaja
Berita
Siaran Akhbar
Galeri
Stadium Digital
Tempat Menarik
Panduan Destinasi
Maklumat Berguna
317 HARI : 17 JAM : 37 MIN
MENU
  1. LAMAN UTAMA
  2. Sertai Kami
  3. Penaja
  4. TELEKOM MALAYSIA (TM) BERHAD
TELEKOM MALAYSIA (TM) BERHAD

TELEKOM MALAYSIA (TM) BERHAD PENAJA LOGO

Telekom Malaysia Berhad (TM), syarikat peneraju jalur lebar serta maklumat dan komunikasi bersepadu di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh menerusi jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran, TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan yang berterusan, sambil memberi keutamaan kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti.

Memanfaatkan sambungan global yang meluas, infrastruktur rangkaian dan himpunan kepakaran kami, TM berkedudukan baik untuk melonjakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara.

Sebagai warga korporat contoh yang komited terhadap tadbir urus dan ketelusan yang baik, TM meneruskan janjinya untuk memastikan tahap integriti proses, anggota dan reputasi kami serta pengekalan operasi kami. Falsafah Tanggungjawab Korporat (CR) kami berpegang teguh pada amalan bertanggungjawab dalam empat domain utama iaitu pasaran, tempat kerja, masyarakat dan alam sekitar. Dengan memfokus pada ICT, Syarikat terus menyokong tiga platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar, menerusi program-program Reaching Out kami.

TM akan terus menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh kepada pelanggannya, dalam menyampaikan pengalaman digital yang lancar dan solusi perniagaan bersepadu untuk memenuhi keperluan gaya hidup dan kehendak komunikasi bisnes mereka - ke arah menjadikan "Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah Demi Kesejahteraan Malaysia".

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my.


PENAJA PLATINUM LAIN